Tuesday, December 1, 2009

geram

geram...................
salah pilih da.....

Wednesday, October 21, 2009

x tau nk tulis ape, busy sgt2......
ada masa free bru nk stat tulis lagi...
see you...

Tuesday, March 3, 2009

tak tau nak wak tajuk feature ape ni...

stress la mcm ni... dah lama duk pikiaq tp x mai2 jgk idea nak wat feature ape ni. cari tajuk pun susah n nak wat dia lg la. nak hentam g2 kan tkut markah rendah plak. tologlah aku..... mntak2 la mlm ni mimpi sal tjuk feature.

Wednesday, February 11, 2009

HATI SEORANG WANITA

1. Sensitif : Bukan bermaksud suka merajuk, tapi hanya ingin bermanja dan mendapatkan perhatian.

2. Cerewet : Bukan bermaksud FUSSY tak tentu hala, kadang ingin LELAKI mengikut kata-katanya sekali sekala.

3. Halus : Ibarat sehelai sutera, cantik, mulus, lembut dan mudah tercarik dan koyak. Walaupun seorang wanita memaafkan seseorang yang lain atas sebab Kesalahan, biasanya WANITA akan ingat kesalahan tersebut untuk disimpan jadi pengajaran. Bukan DENDAM.

4. Ikhlas : Ikhlas seorang wanita tak perlu diragui.

5. Korban : WANITA sanggup berkorban apa saja untuk seseorang yang amat disayangi, termasuk ibu bapa, anak-anak dan suami. WANITA amat tabah.

6. Prihatin : Sentiasa memerhatikan keadaan sekeliling dalam diam.

7. Manja : Walaupun dia adalah seorang WANITA yang pandai berdikari, naluri seorang WANITA masih lagi tetap seorang WANITA. Suka bermanja bukan hanya kepada insan yang bernama LELAKI , namun juga sesama kaum.

8. Ego : WANITA yang terlalu sayangkan kekasihnya sanggup menolak ketepi EGOnya apabila bersemuka dengan yang dicintai.

9. Cinta : CINTA pertama bagi wanita adalah yang paling dalam dan tulus.

10. Seks : SEKs bukanlah segala-galanya buat WANITA kerana WANITA diciptakan dengan 9 nafsu dan satu akal. NAFSU yang banyak dan tidak tertumpu kepada satu saja. LELAKI pula dijadikan dengan 9 akal dan satu nafsu. Fungsi lelaki adalah membimbing WANITA dan bukan menghanyutkann ya.

** "Peranan LELAKI dalam kehidupan WANITA adalah sebagai pelindung dan bukan sebagai pemusnah. WANITA diciptakan oleh ALLAH swt dari tulang rusuk kiri dan untuk dipeluk dan dimanja, bukan untuk dikasari.

Maka lelaki haruslah memahami HATI dan PERASAAN WANITA"

Sunday, February 8, 2009

KISAH AKU DAN KARTUN

Sejak aku kecil sampai sekarang minat aku pada kartun tidak pernah padam... kartun ibarat kekasih because aku akan rasa rindu bila lama tak jumpa.. aku akan mencarinya bila aku ada masalah. kartun boleh buatkan hidup aku happy.

Tp kekadang, kartun byk unsur keganasan sehingga ada berpendapat ia x berapa sesuai tuk kanak-kanak. Tp bagi aku, biar byk mana keganasan pun aku tetap happy bila dengan kartun. Kartun buat hidup aku sentiasa ceria.


video

Friday, February 6, 2009

Antara Cinta & Kawan

pilihlah yang mana satu

Satu hari Cinta & Kawan berjalan dalam kampung...
Tiba-tiba Cinta terjatuh dalam telaga...
KENAPA??
Kerana Cinta itu Buta... Lalu Kawan pun ikut terjun dalam telaga...
KENAPA??
Kerana Kawan akan buat apa saja demi Cinta...
Didalam telaga Cinta hilang...
KENAPA??
Kerana Cinta itu halus, mudah hilang kalau tak dijaga,
Sukar dicari, apatah lagi dalam telaga yang gelap...
Sedangkan Kawan masih lagi tercari-cari dimana Cinta dan terus menunggu...
KENAPA??
Kerana Kawan itu sejati dan akan kekal sebagai Kawan yang setia..
So, hargailah Kawan selagi kita terasa dia bererti...
Walau kita punya Couple, teman still paling setia...
Walau kita punya harta banyak, teman still paling berharga...

KASIHNYA IBU….

sayangilah ibumu ketika dia masih hidup


Ada lagu yang mengatakan andai bumi terbelah aku tetap cinta padamu, ada yang mengatakan hanya kau yang ku cinta di dunia..

tapi sayang ..orang yang paling dan patut kita sayangi di dunia ini ialah IBU kita .. bukan kekasih.. yang hanya datang sekejap dalam hidup kita..FIKIRKANLAH...

Itulah pengorbanan seorang ibu....sedih.....sayangilah ibu anda selagi dia masih hidup.

Cerita dari seorang kawan : Cerita betul yg meyayat hati....

Hari ini semua adik beradik pulang beraya di Kuala Lumpur setelah beraya di kampung mertua. Ibu yang di KL agak kesunyian, tetapi setelah mendengar abang dan kakak-kakak hendak datang beraya ,ibu gagahi juga bangun pagi menggoreng nasi buat santapan pagi mereka yang akan datang nanti.

Aku yang bongsu tinggal dirumah sambil menolong apa yang patut memerhati kegagahan ibu yang sememangnya aku tahu sakit dan bengkak kakinya semakin menjadi-jadi semenjak bulan puasa tempohari.

Aku minta untuk membantu,"tak payah" katanya "biar mak yang buat nanti lain rasanya". Aku biarkan sahaja walau dalam hati terasa pedih dan sayu melihat kegagahan mak nakjuga sediakan nasi goreng untuk anak-anaknya yang baru nak merayakan aidilfitri bersamanya.

Aku tahu disudut hati mak ada rasa sedih dan sayu kerana anak lelakinya tak beraya bersama di pagi raya..tetapi langsung tidak ditunjuk malah ingin pula menjamu anaknya. Terhinjut-hinjut mak kesana ke mari mengambil bahan-bahan nasi goreng. Bukan main khusyuk dan bersungguh cuba menyediakan juadah yang semampunya.

Bila semuanya dah sampai aku mula hidangkan nasi yang digoreng mak untuk abang- dan kakak yang tiba dengan anak-anak mereka. Semuanya pakat menjamu selera..memang berselera semua sukakan nasi goreng mak..mak tahu anak-anaknya sukakan nasi goreng air tangannya..

Dalam tak sedar nasi dah hampir habis. Terdetik dihatiku..." ahhh mak belum makan apa-apa semenjak pagi kerana sibuk sediakan nasi tu"...seraya tu abang ku bertanya 'siapa tak makan lagi nasi ni'. Aku menjawab ' mak belum makan apa lagi tu'

Mak dengan bersungguh menjawab "Ehh mak tak mau...tak lalulah nasi goreng, nak makan roti ja sat lagi'...dua tiga kali kami pelawa begitu juga jawabnya. Kata ku dalam hati." oohh mungkin juga mak nak makan roti sebab nak kawal penyakit diebetisnya" ..

Bila semua dah pulang..aku lihat mak terhinjut-hinjut kedapur..lantas aku tanya 'mak nak apa..nak ambilkan.'.' takpa nak rasa ni sikit'.

Sayu sedih dan terguris sungguh hati aku..bila kulihat mak rupanya sedang mengikis kerak-kerak nasi goreng yang masih berbaki dalam kuali untuk dimakan.

Itulah kasih seorang ibu pada anak-anaknya. ..zaman sekarang pun masih ada ibu yang sanggup berlapar dan mendahulukan anak-anaknya asal mereka semua kenyang. Aku benar-benar kalah dengan apa yang aku saksikan..

YA RABB Engkau peliharalah Ibu,Ampunilah Dosanya,Berilah kekuatan pd anak-anaknya untuk membalas jasa ibu yang tak terhingga.AMIN........

Thursday, February 5, 2009

Salam Perjuangan

Aku nak ucapkan terima kasih banyak-banyak kepada semua kawan-kawan yang banyak tolong aku dalam study ni... wlaupun aku tau semua orang tengah busy skrg tapi kita tetap dalam satu pasukan..
FPBU or COM, tak kisah coz kita saling memerlukan...so, klau ada jurang tu kita rapat-rapatkanlah ye.. tq blog and USIM today kerana merapatkn lagi hubungan yang telah sedia ada. Jangan lupa ya siapkan USIM today and blog coz minggu depan dah kena submit.
Kenangan bersama korang semua takkan aku lupakan sampai bila-bila kerana sekali kita berkawan, selamanya kita tetap kawan.. bila sekali sekali bergaduh tu tak ada masalah coz ia lebih mematangkan lagi kita dalam menghadapi masalah yang lebih besar... dan yang paling penting ia menuntut kita untuk lebih berfikir dan mengajar untuk lebih hormat menghormati satu sama lain.
Semakin kita belajar semakin banyak ilmu yang kita tidak tahu sebenarnya kerana nikmat ciptaan Allah itu banyak..
so, selamat berjuang to all my friend.

Wednesday, February 4, 2009

Campus Quirk


MAKAN BERDIRI

Aku nak share dengan korang pasal satu benda yang terjadi kat USIM ni. Benda ni memang terjadi betul tau, aku tak reka.

Pada satu hari yang busy sangat, aku dan kekawan terasa la lapar and buat kputusan untuk makan tgh hari kat pkp. Sampai kat sana, mak oii.. ramai gila orang. Ada yang tengah sembang, ada yang tengah makan and ramai jugak yang tengah intai tempat duduk termasuklah geng kitaorang… lama jugaklah kitaorang nak dapat tempat duduk tu.

Bila dah dapat tempat duduk and dah beli nasi, kitaorang makanlah sambil borak-borak. Tak lama lepas tu, datanglah geng student cina. Aku perhatikan lama jugaklah mereka melilau-lilau cari tempat duduk. Kebetulan depan aku adalah dua tempat duduk kosong. Diaorang pun letak beg n terus beli nasi.

Terkejut beruk aku lepas tu bila tengok diaorang, kesian pun ada, dengan pinggan yang penuh, boleh dia jalan cari tempat duduk sambil makan. Nak kejar masa kot? Lama jugak aku tengok dia buat macam tu. Nasib baik bukan pelajar melayu.


Menurut kawan aku, Lin, dia juga berasa terkejut dengan apa yang dilakukan oleh pelajar China tersebut. Dia kagum kerana mereka tidak malu berbuat demikian walaupun ketika itu terdapat ramai pelajar lelaki.

Jika difikir balik, tak salah apa yang diaorang buat tu cuma kurang sopan. Korang pernah dengar pepatah ni tak? “tuntutlah ilmu sampai negeri Cina” tapi aku nak tukar sikit lah jadi “tuntutlah ilmu dengan student Cina.”

Senyuman i2 lukisan rahsia hati


gambar kenangan bac2 communication student


Senyum seindah suria
Yang membawa cahya
Senyumlah dari hati
Duniamu berseri
Senyum umpama titian
Dalam kehidupan
Kau tersenyum
ku tersenyum
Kemesraan menguntum
Senyum... kepada semua
Senyumanmu amatlah
Senyum... membahagiakan
Dengan senyuman terjalinlah
Ikatan...

Bestkan lirik lagu tu, lirik lagu tu membuatkan aku tersenyum sorang-sorang. Senyum pun banyak kategori dia…senyum sinis…senyum kelat…senyum terpaksa…senyum buat-buat. Tetapi korang mesti ingat senyum seseorang tu ade makna. Jika dikaji dengan lebih mendalam, ia boleh merungkai segala yang tersirat di dalam hati kita. Haahaa, tapi awas jangan senyum sorang-sorang tau,bahayaaaaaa. Tetapi aku jugak terfikir, berapa ramai yang suka senyum dengan ikhlas?

Tuesday, February 3, 2009

10 LANGKAH BENTUK KEYAKINAN DIRI

  • ANGGAPLAH diri anda yang diciptakan ALLAH sama seperti orang lain.
  • SELALULAH berfikir jika orang lain boleh buat, kenapa anda tidak boleh?
  • KENALPASTI kekurangan dan kelemahan yang ada pada diri anda dan baikinya.
  • JANGAN takut atau teragak-agak melakukan sesuatu yang positif.
  • ELAK perasaan malu yang tidak bertempat.
  • LAKUKAN riadah ringan sebelum melakukan sesuatu pekerjaan.
  • SERING berpenampilan kemas dan anggap diri anda adalah terbaik pada hari itu.
  • APABILA berinteraksi, pandang tepat ke muka dan mata orang yang kita sedang berinteraksi dan gunakan sedikit pergerakan tangan untuk menerangkan sesuatu. Jangan terlalu kaku.
  • APABILA memulakan sesuatu tugas jangan berfikir mengenai masalah, tetapi fikirkan apa hasil yang akan diperolehi selepas melakukan tugas ini.
  • SENTIASA peka dengan waktu. Jangan berlengah-lengah atau bertangguh dalam melakukan sesuatu tugas.

ADAKAH ANDA PENGGEMAR KANGKUNG?


Jika anda penggemar kangkung, tidak kira apa jenis kangkung, petis kangkung, kangkung cos, dll yang berkaitan dengan kangkung, mungkin cerita ini dapat menjadi pertimbangan bagi anda when you want to eat kangkung.
Saya mendapat cerita ini dari seorang teman.
Pada suatu hari di klinik yang terkenal, semua doktor kebingungan kerana ada seorang anak kecil yang menderita sakit perut. Anak itu dibawa ke klinik oleh orang tuanya setelah 2 hari menderita diarhea. Sudah bermacam ubat sakit perut yang diberikan kepada anak itu, namun diarheanya tidak sembuh.
Di klinik, kedua orang tua anak tersebut ditanya oleh doktor, makanan apa yang dimakan oleh anak tersebut selama 2 hari ini.
Orang tua anak itu kebingungan, kerana sejak anaknya diarrhea, anak tersebut tak lalu nak makan, dia hanya minum susu, itu pun akan muntah semula.
Setelah dikaji, ternyata sebelum menderita diarhea, malam tersebut anak itu makan kangkung cos di restoran oleh orang tuanya. Doktor segera melakukan x-ray, ternyata dalam usus anak tersebut telah berkembang biak lintah dengan anaknya yang kecil-kecil.
Doktor surrender dan menyatakan tidak sanggup mengambil tindakan medical apa pun.
Akhirnya anak kecil malang itu pun meninggal dunia. Setelah dikaji, ternyata lintah itu sebelumnya berada di dalam batang kangkung yang besar. Memang, untuk penggemar kangkung cos yang paling enak adalah batangnya. Lintah yang berada di dalam batang kangkung itu tidak akan mati walau dimasak selama manapun, apa lagi untuk kangkung cos proses memasak tidak terlalu lama untuk menghasilkan rasa kangkung yang sedap. Lintah hanya akan mati jika dibakar.
Di dalam usus anak tadi, lintah yang hanya dalam 1 ke 2 hari berkembang biak dengan cepatnya kerana menghuni didalam tubuh dan terus menghisap darah yang ada, doktor juga menjadi bingung, bagaimana mematikan/membersihkan lintah yang telah sangat banyak tersebut dari dalam usus anak malang itu.

Haa, korang dah baca kan citer 2… So bg yang minat sgt kat kangkung tu hati-hati and perhatikan dulu sblum dmasukkn ke dalam mulut.

Sunday, February 1, 2009

MERDEKAKAH JIWA REMAJA KITA


Remaja merupakan aset penting kepada Negara. Remaja yang berkualiti mampu mencorak Negara yang cemerlang, gemilang dan terbilang. Namun dewasa ini kita sering dimomokkan dengan kes salah laku dikalangan remaja melayu yang semakin meningkat bahkan semakin membarah dari semasa ke semasa. Lalu kita mula terfikir mengapa hal sebegini boleh berlaku, dimana silapnya dan siapakah yang harus dipersalahkan?. Adakah benar kata bekas perdana menteri kita “melayu mudah lupa”. Ya, jika betul pepatah itu maka tidak sedarkah remaja kita yang dari mana mereka datang dan apakah yang mereka lakukan itu selari dengan didikan islam atau tidak.
Adakah salah jika saya katakan remaja semakin keterlaluan terutama sekali tentang berpakaian. Mana menghilang adab dan kesusilaan melayu? Cuba kita perhatikan tidak ramai gadis melayu sekarang berbaju kurung tetapi ramai yang lebih suka untuk berfesyen kebaratan yang terdedah sana sini. Sungguh memalukan jika dipandang. Pakaian remaja? Dengar sahaja perkataan itu lalu kita pun terbayangkan cara mereka berpakaian. Mana tidaknya dengan baju yang tidak cukup kainnya dan seluar yang ketat dan ada pula dengan seluar yang koyak rabaknya, terlondeh sana sini. Jika ditanya sudah tentu jawapannya ikut fesyen terkini.
Allah telah berfirman di dalam Surah Al-Ahzab ayat 59:
“Wahai Nabi, suruhlah isteri-isterimu dan anak-anak perempuanmu serta perempuan-perempuan beriman supaya melabuhkan pakaiannya bagi menutup seluruh tubuhnya (semasa mereka keluar) cara demikian lebih sesuai untuk mereka dikenali (sebagai perempuan yang baik) maka dengan ini mereka tidak diganggu. Dan (ingatlah) Allah adalah Maha Pengampun dan Maha Mengasihi”.
Dari ayat tadi jelaslah kepada kita bahawa cara remaja kita berpakaian sekarang sememangnya bertentangan dengan ajaran islam. Mungkin pada fikiran mereka, mereka masih muda dan masih banyak lagi masa untuk bertaubat tetapi mereka tidak sedar yang ajal dan maut itu di tangan Tuhan. Apa yang mereka fikirkan sekarang hanyalah untuk berseronok, bergaya dan berhibur sahaja.
Selain dari itu , cuba kita perhatikan juga remaja yang bertudung. Nampak ayu bukan? Secara zahirnya kita memang nampak mereka menutup aurat, namun jika diperhatikan betul-betul lalu kita akan berkata apa gunanya bertudung jika berpakaian sendat, berseluar ketat dan tidak kurang juga yang berlengan pendek. Terdapat juga pakaian bersaiz kecil yang di pakai si gadis yang mana jika sekali pandang seolah-olah memakai baju adik yang berusia 5 tahun. Namun itulah realiti cara remaja kita berpakaian sekarang. Semakin ditegur, semakin menjadi-jadi. Maka tidak hairanlah jika kes rogol semakin meningkat di Negara ini.
Dr. Mohd Rumaizuddin Ghazali, Phd dalam Pemikiran Islam, UM, pensyarah dan felo USIM, berkata remaja sekarang ramai yang bertudung untuk berfesyen sahaja padahal mereka tidak sedar yang bertudung itu merupakan satu tuntutan di dalam Islam. Bertudung tapi berpakaian sendat, berselendang tetapi nipis dan ada juga yang bertudung tapi tidak menutup aurat yakni nampak rambut adalah suatu kebiasaan pada masa ini. Untuk itu beliau berharap agar remaja berfikir dahulu sebelum melakukan sesuatu dan perbetulkan niat untuk apa mereka bertudung.
Trend ‘punk’, ‘funky’, ‘rappers’, ‘gengster’, dan sebagainya mempunyai cara berpakaian mereka sendiri. Trend ‘punk’ misalnya dengan berambut pacak dan berkasut bot serta berseluar ketat memang tidak sopan dipandang. Namun pakaian inilah yang menjadi kegilaan sesetengah remaja kita sekarang. Berlambak remaja kita yang berpakaian sebegini dan mereka tidak sedikit pun berasa malu bila dipandang oleh masyarakat malah bertambah bangga. Inikah yang dikatakan remaja yang merdeka? Namun mereka tidak sedar bahawa jiwa mereka masih lagi terjajah oleh barat. Barat mentertawakan akan kebodohan remaja kita kerana dengan mudah mereka membeli dan mempengaruhi pemikiran remaja kita.
Menurut pendapat Sujiah Salleh, MSc. Film, remaja sekarang lebih terdedah terutama sekali internet dan orang yang lebih dewasa daripada mereka. Keinginan untuk berfesyen itu lumrah tetapi janganlah terlalu melampau batas. Peranan ibubapa adalah penting dalam memantau, mengawal dan memimpin anak mereka agar menjadi yang terbaik tetapi perlu diingat bahawa remaja tidak boleh terlalu dikongkong oleh keluarga. Masyarakat dan persekitaran sekeliling juga ada peranan tersendiri dalam membentuk remaja yang berkualiti.
Sentuh pula bab pergaulan, memang keterlaluan. Remaja sekarang semakin lupa diri, tidak tahu yang mana halal dan yang mana haram. Usia baru setahun jagung tapi sudah pandai bercinta. Perangai remaja melayu kian menggila. Cuba perhatikan di pusat-pusat membeli belah. Seperti semut menghurung gula. Betapa banyaknya pasangan remaja yang sedang asyik bercinta sehingga tidak ingat dunia. Bak kata Tan Sri P.Ramli “dunia ini ana yang punya”. Aksi berpegangan tangan sudah menjadi kebiasaan malah ada yang tidak segan silu melakukan aksi bercumbuan di depan khayalak ramai. Itu baru di depan mata kita, yang tersembunyi hanya Allah sahaja yang tahu. Mana perginya didikan agama yang diajar sedari kecil lagi. kemana menghilangnya maruah dan harga diri?.
Sesetengah berpendapat gadis melayu murah? semurah membeli sayur dipasar. Pantang dirayu sedikit tapi gediknya melampau-lampau. Si jejaka tidak perlu menghabiskan wang ringgit tetapi cukup berbekalkan air liur semata-mata sahaja. Kenapakah si gadis melayu mudah cair dengan pujuk rayu lelaki? Adakah Negara kita ketandusan lelaki beriman? Mungkin. Baru-baru ini kita digemparkan dengan berita mahasiswi melayu dari universiti tempatan sanggup bekerja sebagai pelacur di malam hari semata-mata untuk mendapatkan sumber kewangan tambahan. Adakah itu alasan yang munasabah? Tidak adakah lagi pekerjaan yang halal dan berkat disisi syarak? Ceteknya ilmu agama remaja kita sekarang, tidak berfikir panjang sebelum melakukan sesuatu. Maka tidak hairanlah ramai gadis sanggup serah ‘body’ kerana cinta.
Kes yang lebih malang lagi ialah apabila anak gadis sanggup lari dari rumah mengikuti teman lelaki apabila hubungan mereka tidak direstui keluarga. Selama berpuluh-puluh tahun ditatang oleh keluarga tapi apabila besar memalukan keluarga, lari ikut lelaki yang baru dikenali beberapa hari. Mana tanggungjawab kita sebagai anak? Adakah dengan lari dari rumah itu boleh menyelesaikan masalah? jawapannya sudah tentu tidak. Wahai gadis ingatlah bahawa lelaki sekarang jarang yang boleh dipercayai. Ramai yang mata duitan, buaya darat dan ada juga yang mendekati gadis demi mendapatkan seks semata-mata. Bila keinginan mereka dipenuhi, mereka akan tinggalkan kita keseorangan terkapai-kapai tanpa arah tuju, bak kata pepatah “habis madu sepah dibuang”.
Penangan sms pun cukup hebat sekarang. Cuba perhatikan, kanak-kanak pun sudah mempunyai telefon bimbit sendiri, ada camera lagi. Hidup dalam zaman teknologi katakan. Ada sesetengah remaja yang sanggup tidak tidur malam demi ingin bersms dengan pasangan. Bukankah ini kerja bodoh tapi inilah hakikatnya yang sebenar. Dari tersalah sms pun boleh jadi pasangan kekasih. Mula-mula sms, kemudian timbul rasa ingin berjumpa, bila berjumpa maka berlakulah persentuhan. Lama kelamaan, berpegangan tangan dan bila syaitan jadi orang ketiga maka terjadilah perkara yang tidak diingini.
Anda percaya atau tidak jika saya katakan yang kebanyakan remaja sekarang menyimpan video seks dalam telefon mereka. Mula-mula lihat, kemudian timbul keinginan untuk melakukan. Bila sekali lakukan maka keinginan untuk lakukan lagi itu tinggi. Menurut kajian Dr. Khaidzir Ismail, pakar kanak-kanak dan remaja dari Universiti Kebangsaan Malaysia. Hasil kajiannya terhadap 887 pelajar perempuan yang berisiko tinggi di sebuah negeri mendapati hanya seorang sahaja yang mengaku tidak pernah melakukan seks bebas. Hasil kajiannya ini telah mengejutkan seluruh lapisan masyarakat. Cuba kita bayangkan 10 tahun akan datang. Masih adakah lagi gelaran gadis sunti atau gadis melayu dalam masyarakat kita. Jika perlu, gelaran apa lagi yang boleh diberikan kepada gadis kita ? fikir-fikirkan dan renung-renungkan.
Menurut Ust. Helmi Hasbullah, guru agama Sekolah Menengah Agama Bachok, berpendapat bahawa remaja sekarang semakin lupa diri dan mudah sangat terpengaruh dengan budaya luar contohnya berpasangan, bercium, tangkap gambar yang bukan-bukan, lepak, rempit dan sebagainya. Persoalannya sekarang adakah ibubapa mereka tidak memberikan didikan agama yang sempurna atau anak-anak sekarang terlalu dimanjakan sangat. Kes yang lebih parah lagi bila kecil-kecil dah pandai hisap rokok, tidak rasakah yang perbuatan mereka itu membazir duit ibubapa mereka sahaja. Tidak terfikirkah mereka yang perbuatan mereka itu merugikan mereka sendiri. Persoalannya lagi, tidak ada ke program yang berfaedah yang boleh mereka ikuti? Contohnya, bagi yang sukakan sukan lasak, wujudkanlah satu tempat untuk mereka beriadah di samping selitkan lagi aktiviti-aktiviti lain yang berfaedah.
Remaja sekarang terlebih dalam tergila-gilakan hiburan dunia. Pantang ada konsert sikit pasti berduyung-duyung pergi. Hiburan sekarang memang melampau. Habis anak muda kita rosak dek penangannya. Golongan artis diagung-agungkan dan golongan ilmuan tenggelam entah di mana. Sebut saja Mawi semua orang kenal. Mereka tidak fikir ke yang hiburan tersebut bukannya boleh dibawa mati. Cuba kita perhatikan pula masjid-masjid di seluruh Negara, berapa kerat sahaja remaja yang pergi ke masjid yang lain entah ke mana. Masih ingatkah lagi remaja kita kepada Tuhan atau mereka dah terlupa bagaimana nak solat. Dalam kes yang lebih parah lagi, ada juga remaja yang sepanjang hidup mereka, dahi tidah pernah sentuh sejadah. Untuk itu, “sembahyanglah kamu sebelum kamu disembahyangkan”.
Menurut pendapat Ust. Khairi Mahyuddin, Pendidikan BA Master UIA dalam dakwah, sekarang pensyarah dakwah FKP, kewujudan media itu bagus dan kita tidak boleh menolak media seratus peratus. Kewujudan artis juga bagus kerana dia menyampaikan hiburan dan membuatkan hidup kita tidak sunyi. Namun kita harus tahu apa bentuk hiburan yang disampaikan kepada kita dan selidiki adakah ia melalaikan atau tidak? Kita tidak boleh menolak pengaruh barat seratus peratus tetapi amalkan sikap menapis kerana tidak semua yang dibawa oleh barat itu negative contohnya teknologi, sains dan sebagainya. Kita diberi akal untuk berfikir jadi fikir dulu sebelum buat sesuatu. Beliau berharap agar remaja lebih sedar tentang kewajipan kita dihidupkan di muka bumi ini dan jadilah insan yang berguna kepada Tuhan, ibubapa, bangsa dan Negara.
Sejak akhir-akhir ini muncul pula pelbagai rancangan realiti di televisyen. Sebut sahaja Akademi Fantasia, Malaysian Idol, Gangstarz, Mentor dan banyak lagi pasti semua orang tahu. Malah jika ada ujibakat nyanyian pasti berduyung-duyung yang ingin turut serta. Semuanya tergila-gila ingin bergelar artis. Dah tidak ada kerja lain ke yang boleh dibuat, yang berkat dan yang boleh menjamin masa depan sedikit. Ibubapa pun satu hal, ikut saja semua kemahuan anak mereka. Maka tidak hairanlah jika ada sesetengah ibubapa sanggup menangis apabila anak mereka tersingkir dari pertandingan nyanyian. Dunia-dunia, dah nak kiamat agaknya.
Sebagai kesimpulannya, masih tidak terlalu lewat untuk remaja kita sedar diri. Jadilah diri kita sendiri dengan ikuti adab dan budaya kita sendiri. Ini kerana budaya kita sudah cukup sempurna untuk diikuti. Untuk para gadis, pandai-pandailah menjaga maruah dan kehormatan diri kerana kita adalah insan yang istimewa. Untuk para lelaki didiklah diri agar menjadi pemimpin yang berjaya, kawallah nafsumu dan ingatlah Tuhan itu maha berkuasa atas segalanya.

Tuesday, January 20, 2009

janji melayu

kenapa la org mlayu ni suka sgt brjnji tp susah sgt nk tepati...... klu jnji kul 9 kul 10 bru nmpak btg hidung...ish3 smpai cam 2 skali, masalah tul la